Thursday 23 August 2012

PeRiKaNaN Di MALAYSIA

PERIKANAN DI MALAYSIA

malaysia dikelilingi laut cetek yang kaya dengan sumber perikanan. malaysia terletak di pelantar sunda. pekerjaan yang penting bagi penduduk di kawasan pantai adalah nelayan dan ia menjadi nelayan berkemahiran kerana ia pekerjaan tradisi mereka. perikanan adalah sumber protein yang murah dan mudah didapati.

selain daripada itu, hasil sumber tangkapan perikanan cukup untuk keperluan tempatan dan malaysia ada mengeksport udang ke singapura, thailand united kingdom dan jepun. perikanan di malaysia dimajukan lagi melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan FAMA. tujuan FAMA ditubuhkan adalah untuk memasarkan produk perikanan tempatan.

FAKTOR YANG MENGGALAKKAN KEGIATAN PERIKANAN

antara faktor yang menggalakkan kegiatan perikanan di Malaysia adalah disebabkan oleh kawasan perikanan yang luas, kerana malaysia ini dikelilingi oleh kawasan perairan selat melaka, laut china selatan dan juga selat tebrau.

selain itu, malaysia juga terletak di atas pentas sunda yang kaya dengan ikan-ikan dan makanan ikan iaitu plankton. selain daripada itu, lautnya yang cetek dan kaya dengan ikan adalah salah satu faktor yang menggalakkan kegiatan perikanan di malaysia

memandangkan ikan merupakan sumber protein yang murah dan mudah didapati di malaysia ia mudah mendapat pasaran yang meluas. selain itu, pinggir pantai yang panjang sesuai dijadikan perkampungan nelayan yang mempunyai tempat yang strategik dan sesuai untuk memudahkan lagi kerja-kerja nelayan pantai dan juga laut dalam.

JENIS-JENIS PERIKANAN DI MALAYSIA

1) perikanan pinggir laut
- jenis perikanan yang terpenting
- melibatkan ramai nelayan tempatan
- dijalankan di kawasan 30km dari pantai
- gunakan pukat hanyut, jala, pompang, tangkul
- hasil tangkapan seperti bawal, parang, kurau, ikan merah

2) perikanan laut dalam
- 30 - 300 km dari laut
- menangkap ikan di tengah laut
- guna kaedah lengkap dengan peralatan moden
- berada di laut berminggu-minggu
- hasil 60% jumlah pengeluaran ikan malaysia

3) perikanan air tawar
- ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya atau sangkar
- jenis ikan yang ditangkap antaranya sepat, jelawat dan haruan
- menggunakan jala, pukat, pancing dan bubu
- sabah adalah pengeksport udang yang utama di malaysia

4) perikanan akauakultur (menternak ikan)
- ikan dan udang diternak dalam kolam, kawasan paya dan sangkar
- diajalankan dengan tujuan untuk menambah pengeluaran ikan
- ada juga diternak secara besar-besaran dalam sangkar atau kolam

MASALAH DALAM PERIKANAN DI MALAYSIA

1. nelayang tidak mampu membeli peralatan moden
2. bekalan dan permintaan tidak tetap
3. kekurangan kemudahan perikanan
4. perairan malaysia dicerobohi oleh nelayan asing
5. musim tengkujuh menyebabkan hasil sampingan tidak dapat dijual

LANGKAH MENGATASI MASALAH

1. peranan LKIM dalam menentukan gred dan harga ikan di pasaran
2. tubuhkan koperasi nelayan untuk bantu nelayan dapatkan bantuan kewangan beli peralatan menangkap ikan yang moden
3. tambahkan pusat-pusat pendaratan ikan  dan pelabuhan perikanan
4. malaysia bekerjasama dengan negara jiran majukan industri perikanan
5. perketatkan undang-undang untuk mereka yang mencemarkan laut


2 comments:

  1. Trimas,sebab tlah meyelamatkan sya dripd x siapkan folio..trima kasih bebanyakk.. :)

    ReplyDelete
  2. sayangnya takde nama author, huwAAA. macam mana nk tulis references

    ReplyDelete